Wednesday, July 23, 2008

testing

assalamualaikum..

testing dulu sebelum dirasmikan..

Baltim

Selepas siap aktiviti memanggang kami seterusnya memulakan sessi ringkas ta’aruf dalam usrah gabungan 2 kumpulan. Alhamdulillah, selepas itu diadakan pula diadakan perlawanan bola sepak pantai bagi memenuhkan lagi tentatif program seharian di pantai Baltim. Cuaca ketika itu terasa panas tetapi bayu laut  menghembus tenang menyegarkan kembali saluran pernafasan selepas lelah bermain bola pantai. Motif utama disusun tentatif sebegitu adalah tidak lain tidak
bukan kerana ingin mengeratkan tali silaturahim ukhwafillah yang sedia ada menjadi lebih kukuh lagi. Tambahan pula berada diperantauan ini sebenarnya amat memerlukan ikatan sebegitu memandangkan masing-masing berjauhan dengan ahli keluarga masing. Sudah tentu bagi pelajar-pelajar junior khususnya agak kekok untuk menempuh hidup sendirian ditanah asing.
Walaupun masa perlawanan sekitar 20 minit, tetapi kelihatan masing-masing tersenyum puas kerana berjaya mempamerkan skill terbaik bak football star di arena antarabangsa. Terus ke aktiviti yang ditunggu-tunggu ramai, ( termasuk penulis, dah berapa kali telan air liur tengok ayam tergolek tanpa disentuh ) iaitu menjamah hidangan bersama bekalan nasi yang dibawa. Alhamdulillah, syukur kami dapat menikmati makanan dengan tenang bahkan ada yang diam tak terkata ketika menjamah barangkali terkedu sebentar dengan kelazatan rempas ratus ayam panggang yang disediakan oleh Ust.Jamil Kedah.
Perut dan beralas, bola dah bergolek disepak, apalagi mata juga turut layu akibat penangan hidangan makanan tengahari. Kami bergambar kenangan beramai-ramai dan terus bersiap untuk bertolak pulang ke Tanta. Sempat menunaikan solat di Masjid berdekatan dan singgah di pasar tani Baltim. Kemudian terus pulang dan sampai selepas Maghrib di Siberbay, Tanta. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan oleh kami. Semoga objektif dan pengalaman berjaya dicapai bersama…Bertemu lagi di lain waktu, sekian. Wassalam.

About This Blog

  © Blogger template 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP